Posts

Showing posts from May, 2021

Sejarah Sekolah Kebangsaan Sijangkang

Image
  SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG  27 FEBUARI 1911: Bermula dengan nama Sekolah Melayu Sijangkang. Ia terletak 2 km dari sekolah yang ada sekarang, iaitu di kawasan tanah wakaf yang sekarang dijadikan tanah perkuburan. Ia hanya merupakan sebuah bangsal yang dibina menggunakan atap nipah, kayu bakau, beluti dan papan Bangunan ini dibuat secara gotong royong. Di sebelah belakang sekolah ini terdapat sebuah bilik yang dikenali dengan nama ‘Dapur Cikgu’.Bilangan murid lebih kurang 50 orang dengan 5 orang guru. Guru besar yang pertama ialah YM Raja Yusuf b. Raja Daud. 6 DISEMBER 1914: Sekolah asal dipanah petir dan mengalami kerosakan. Sekolah dipindahkan ke tempat lain berhampiran dengan kawasan itu juga. Bangku dan meja yang digunakan ialah jenis panjang dan digunakan oleh murid-murid darjah 4 dan 5. Murid-murid lain menggunakan meja rendah dan duduk di atas lantai. Darjah 5 (V) bermula dengan 6 orang murid sahaja dalam satu kelas. Murid-murid menggunakan papan hitam kecil. Buku b