Sejarah dan Perkembangan Feminisme
Sejarah feminisme bermula daripada gerakan feminis yang pertama pad a akhir abad ke-19 . Perkataan feminisme dikatakan buat pertama kalinya di Francis pada tahun 1880-an, diikuti di Great Britain pada tahun 1890-an, dan di United States pada tahun 1910 (Neeru Tandon 2008: 1). Feminisme boleh dilihat daripada pelbagai pespektif yang berbeza, iaitu sebagai aliran falsafah, teori etika, teori sosiologi, teori politik, dan teori kebudayaan. Setiap aliran feminisme mempunyai matlamat dan pandangan tersendiri terhadap isu mengenai wanita namun sekurang-kurangnya dalam setiap aliran mempunyai satu ciri perjuangan yang sama iaitu mengubah pandangan ma syarakat terhadap kaum wanita (Sonny 2010 : 147). Menurut Goafe, feminisme adalah teori tentang persamaan hak antara lelaki dan perempuan (Alfian 2014: 127). Terdapat tiga gelombang dalam gerakan feminisme yang berlangsung sejak abad ke-19 hingga kini (Budi 2010: 202-03). Kemunculan fahaman pasca-modenisme telah membuatkan golongan wanita