Posts

Showing posts from September, 2018

Konflik Dalaman PAS 1978

Parti Islam Se Malaysia (PAS) terus memerintah Kelantan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 1964, 1969, dan 1974, namun tewas pada PRU 1978. Pada tahun 1974, PAS telah menyertai Barisan Nasional (BN) untuk bergabung dalam kabinet Kerajaan Persekutuan yang ditadbir United Malays National Organization (UMNO) susulan peristiwa 13 Mei 1969. Apakah yang menyebabkan PAS tewas pada PRU 1978? Adakah kerana menyertai BN atau disebabkan kelemahan PAS itu sendiri? Konflik dalaman bermula apabila berlaku tentangan terhadap kerajaan campuran BN yang disertai PAS yang dapat dilihat melalui undi dari ahli dan aktivis PAS yang tidak menyokong BN dan kerana mereka tidak yakin serta membantah kepimpinan PAS. Mereka yang membantah, meninggalkan parti dan menubuhkan Barisan Bebas Bersatu yang diketuai oleh Mohamed Fakharuddin yang dipecat daripada PAS. Oleh kerana ditubuhkan pada 14 Mac 1974, gerakan ini juga dikenali sebagai Revolusi 14 yang bermatlamat bukan untuk menumbangkan PAS tetapi mereka mahu m

Isu Bahasa Melayu 1960-an

Persekutuan Tanah Melayu dan penduduk negara ini sebelum lahirnya Malaysia telahpun bertutur dalam satu bentuk bahasa pengantar, iaitu bahasa Melayu.  Isu bahasa Melayu sebenarnya telah lama disentuh hasil daripada hubungan baik antara parti dalam Parti Perikatan yang cuba tawar menawar tentang politik, khususnya membabitkan perkara berkaitan perlembagaan dan kewarganegaraan. Antara isu yang diperdebatkan adalah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tunggal. Bahasa Melayu berasal dari rumpun bahasa Austronesia yang digunakan sejak abad pertama Masihi lagi di dunia sebelah timur, gugusan pulau-pulau Melayu dan Nusantara dengan bermula sebagai bahasa Melayu Kuno yang digunakan sehingga kira-kira abad ke dua-belas dan berkembang menjadi bahasa Melayu Klasik kesan daripada kenaikan mutu dan penggunanaannya dalam hubungan perdagangan antarabangsa dan hubungan diplomatik, dan kini telah bertambah larasnya dan bidangnya bagi menangani era moden sekarang ini bagi pengucapan sains, t

Epistemologi Melayu

Etimologi perkataan Melayu sebenarnya tidak dapat ditentukan asal usulnya kerana terdapat beberapa pendapat yang menyatakan adanya beberapa perkataan yang mempunyai iras-iras dengan perkataan “Melayu” dan asal usulnya. Dalam epik Ramayana iaitu teks India berbahasa Sanskrit yang dipercayai dihasilkan pada abad pertama Masihi ada menyebut tentang tempat bernama Malaydivpa yang bererti Pulau atau Semenanjung Melayu. Teks tersebut menyatakan Malaydivpa adalah salah sebuah provinsi di kepulauan timur yang terdapat sebuah bukit yang mempunyai banyak emas dan perak iaitu Mahamalaya. Selepas itu muncul lagi beberapa perkataan yang iras-iras dengan perkataan “Melayu” seperti Maleoukolon, Mo-lo-yu, dan Malaiyar. Asal usul orang Melayu menurut pakar arkeologi tempatan dan Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh yang merupakan Dekan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dan juga bekas Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan