Konflik Dalaman PAS 1978
Konflik dalaman bermula apabila berlaku tentangan terhadap kerajaan campuran BN yang disertai PAS yang dapat dilihat melalui undi dari ahli dan aktivis PAS yang tidak menyokong BN dan kerana mereka tidak yakin serta membantah kepimpinan PAS. Mereka yang membantah, meninggalkan parti dan menubuhkan Barisan Bebas Bersatu yang diketuai oleh Mohamed Fakharuddin yang dipecat daripada PAS. Oleh kerana ditubuhkan pada 14 Mac 1974, gerakan ini juga dikenali sebagai Revolusi 14 yang bermatlamat bukan untuk menumbangkan PAS tetapi mereka mahu menumpaskan tokoh PAS termasuk presiden PAS dan tokoh sekeliling beliau seperti Wan Ismail Ibrahim, Nik Mustapha Shafie, Zahari Awang, dan Hussin Abdullah yang mereka fikir tidak mampu untuk meningkatkan prestasi parti terutama dalam mengatasi masalah politik, ekonomi, dan sosial.
Selepas itu konflik dalaman PAS berterusan apabila sebahagian pemimpin dan ahli PAS tidak bersetuju dengan pelantikan Muhammad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan oleh Perdana Menteri kedua Malaysia iaitu Tun Abdul Razak Hussein yang mengenepikan Wan Ismail Ibrahim yang menjadi calon pilihan utama PAS. Mereka tidak bersetuju kerana curiga terhadap Muhammad Nasir yang dilihat agak rapat dengan pucuk pimpinan UMNO. Kesan daripada curiga maka muncul gerakan beberapa tokoh dan ahli PAS memburuk-burukkan pemimpin dan parti sendiri dengan mengungkit tindakan pemimpin PAS yang mengharuskan kerjasama dengan UMNO dalam Barisan Nasional serta penyelewengan kuasa oleh Presiden termasuk dalam isu balak di Kelantan. Walaupun Muhammad Nasir adalah Menteri Besar Kelantan, namun beliau tidak dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan dan beliau hanya berkuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri tetapi tidak berkuasa dalam partinya sendiri. Apa yang berlaku sebenarnya adalah Muhammad Nasir sedang dijauhkan secara halus dalam pentadbiran PAS sedangkan pada masa yang sama beliau harus menunaikan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar kepada rakyat Kelantan. Setelah itu berlaku peristiwa demi peristiwa yang lahir dari konflik tersebut.
Setelah itu muncul pula kumpulan yang menggelarkan diri mereka G20 yang berusaha untuk menyingkirkan Muhammad Nasir daripada jawatan Menteri Besar Kelantan dan usaha mereka mendapat sokongan Nik Aziz yang kecewa dan terkilan kerana pelantikan Muhammad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan dilakukan tanpa meminta pandangan daripada kepimpinan PAS. Nik Aziz juga menganggap Muhammad Nasir sebagai pengkhianat parti kerana di dalam satu ceramah yang beliau sampaikan, beliau telah mengungkap bahawa “Ambo buke ore PAS, dan ambo pun buke ore UMNO.” Akhirnya, Datuk Muhammad Nasir akhirnya digulingkan dari jawatan Menteri Besar pada 15 Oktober 1978 oleh pucuk pemimpin PAS Kelantan sendiri melalui usul undi tidak percaya daripada kira-kira 20 orang Ahli Dewan Undangan Negeri PAS.
Setelah dipecat dari jawatan Menteri Besar Kelantan, Muhammad Nasir membongkar pelbagai kepincangan pemimpin PAS dan mewujudkan puak dalam parti. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya demonstrasi membabitkan 20,000 penyokong Muhammad Nasir pada 19 oktober 1977, yang berarak dari Padang Merdeka ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Demonstrasi tersebut telah mengakibatkan kerosakan harta benda, mengancam keselamatan dan nyawa rakyat, dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Akhirnya Muhammad Asri menubuhkan Parti Berjasa dan mendapat sokongan daripada UMNO. Akhirnya Muhammad Asri menubuhkan Parti Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA) dan mendapat sokongan daripada UMNO
Akibat kacau-bilau, darurat diisytiharkan dan Kelantan ditadbir oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). PAS membantah kerana mengisytiharkan darurat tanpa membuat rundingan dengan mereka dan semua pemimpin PAS dalam Kerajaan Pusat letak jawatan, kecuali Datuk Hassan Adli Arshad. Oleh kerana terdapat beberapa pimpinan PAS yang menentang gabungan PAS-UMNO terutamanya Nik Aziz Nik Mat yang menunjukkan sikap memberontak menentang setiap arahan dan pelaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan serta ketiadaan disiplin seperti keengganan mematuhi whip BN mengenai undang-undang darurat di Kelantan, akhirnya PAS disingkirkan daripada BN pada 13 Disember 1977.
Pada 12 Februari 1978 MAGERAN ditarik balik dan pilihan raya negeri diadakan sebulan kemudian. Daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, BN berjaya memenangi 23 kerusi, BERJASA memenangi 11 kerusi, dan PAS hanya memenangi 2 kerusi. Antara faktor utama PAS di Kelantan ditumbangkan pada 1978 adalah kerana berlaku penyelewengan dalam mengagihkan harta kekayaan negeri sejak dua dekad mentadbir negeri itu. Pada Pilihan Raya Kecil Mac 1978 rakyat Kelantan telah dikejutkan dengan berita gempar tentang pekung yang selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan PAS diantaranya Nik Aziz Nik Mat terbongkar, iaitu isu pemberian kontrak balak yang diberikan sewenang-wenangnya yang membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Kelantan. Akhirnya konflik-konflik tersebut menyebabkan PAS mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarahnya.
Selepas PRU 1978 PAS bukan sahaja kehilangan kuasa selama 18 tahun memerintah Kelantan, malahan PAS turut kehilangan ramai tokoh yang berpindah ke BERJASA seperti Ali Taib, Mahmud Zuhdi, Ismail Ali dan Wan Hashim Wan Teh. Mohd Asri mula mendapat desakan daripada beberapa pucuk pemimpin PAS Kelantan, antaranya Pesuruhjaya PAS Pusat dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Nik Aziz Nik Mat supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS. Pada 23 Oktober 1978, beliau akhirnya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung PAS.
Bibliografi:
http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama/2013/3/54163/menoleh-semula-di-sebalik-mageran-kelantan-1977.html
https://m.malaysiakini.com/news/2983
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121101/re_01/Punca-Pas-diceraikan-1977
http://www.bharian.com.my/node/5160?m=1
http://www.bharian.com.my/node/73442?m=1
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/pas-kelantan-gagal-pertahan-kuasa-dalam-pru-14-abu-mujtahid
Comments
Post a Comment