Posts

Sejarah Sekolah Kebangsaan Sijangkang

Image
  SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG  27 FEBUARI 1911: Bermula dengan nama Sekolah Melayu Sijangkang. Ia terletak 2 km dari sekolah yang ada sekarang, iaitu di kawasan tanah wakaf yang sekarang dijadikan tanah perkuburan. Ia hanya merupakan sebuah bangsal yang dibina menggunakan atap nipah, kayu bakau, beluti dan papan Bangunan ini dibuat secara gotong royong. Di sebelah belakang sekolah ini terdapat sebuah bilik yang dikenali dengan nama ‘Dapur Cikgu’.Bilangan murid lebih kurang 50 orang dengan 5 orang guru. Guru besar yang pertama ialah YM Raja Yusuf b. Raja Daud. 6 DISEMBER 1914: Sekolah asal dipanah petir dan mengalami kerosakan. Sekolah dipindahkan ke tempat lain berhampiran dengan kawasan itu juga. Bangku dan meja yang digunakan ialah jenis panjang dan digunakan oleh murid-murid darjah 4 dan 5. Murid-murid lain menggunakan meja rendah dan duduk di atas lantai. Darjah 5 (V) bermula dengan 6 orang murid sahaja dalam satu kelas. Murid-murid menggunakan papan hitam kecil. Buku b

Pelan Colombo

Image
Satu bidang yang seolah-olah menunjukkan kerjasama sebenar Komanwel yang paling menjanjikan dapat dilihat daripada bantuan-bantuan teknikal, penasihat, tinjauan dan pemberian nasihat saintifik, bekalan pakar-pakar dan pekerja mahir, peralatan latihan, serta bantuan daripada semua jenis aspek melalui medium pendidikan. Terdapat ruang yang mencukupi untuk semua jenis usaha-usaha kerjasama, yang lebih berharga kerana beberapa negara Komanwel daripada segi ekonomi adalah miskin juga paling kurang dapat membuat sumbangan besar daripada segi pengetahuan. Antara projek yang telah dinyatakan secara khusus dalam hubungan ini adalah Koperasi Persidangan Pertanian dan projek bagi sebuah institusi untuk melatih pentadbir kanan. Pada persidangan yang berlangsung pada tahun 1964, majoriti besar ahli-ahli Komanwel menunjukkan keinginan yang kuat untuk menggunakan kaedah British walaupun terdapat apa-apa perbezaan politik (Wiseman 1965). Dalam usaha untuk menggalakkan pengekalan hubungan

Sejarah dan Perkembangan Feminisme

Sejarah feminisme bermula daripada gerakan feminis yang pertama pad a akhir abad ke-19 . Perkataan feminisme dikatakan buat pertama kalinya di Francis pada tahun 1880-an, diikuti di Great Britain pada tahun 1890-an, dan di United States pada tahun 1910 (Neeru Tandon 2008: 1). Feminisme boleh dilihat daripada pelbagai pespektif yang berbeza, iaitu sebagai aliran falsafah, teori etika, teori sosiologi, teori politik, dan teori kebudayaan. Setiap aliran feminisme mempunyai matlamat dan pandangan tersendiri terhadap isu mengenai wanita namun sekurang-kurangnya dalam setiap aliran mempunyai satu ciri perjuangan yang sama iaitu mengubah pandangan ma syarakat terhadap kaum wanita (Sonny 2010 : 147). Menurut Goafe, feminisme adalah teori tentang persamaan hak antara lelaki dan perempuan (Alfian 2014: 127). Terdapat tiga gelombang dalam gerakan feminisme yang berlangsung sejak abad ke-19 hingga kini (Budi 2010: 202-03). Kemunculan fahaman pasca-modenisme telah membuatkan golongan wanita

Impak Positif dan Negatif Globalisasi terhadap Pendidikan di Malaysia

Era globalisasi telah mendatangkan cabaran dan persaingan yang kompleks terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Cabaran yang dihadapi boleh dianggap sebagai ancaman kerana globalisasi juga boleh dianggap sebagai satu bentuk penjajahan yang bukan berbentuk fizikal , tetapi melalui penjajahan minda melalui penggunaan teknologi maklumat ( Pati 2014 : 103) . Kewujudan alat komunikasi moden telah meletakkan sebahagian besar dunia terletak berdekatan bagi kebanyakan penduduk , sama ada melalui penyebaran maklumat , pertukaran barangan ataupun masa perjalanan . Namun kemudahan ini mempunyai impak-impak negatif , seperti penyebaran pesat wabak penyakit . Di samping itu , ia juga boleh mendatangkan kesan-kesan positif dan negatif pada masa yang sama di sesebuah negara seperti peluang yang akan muncul bagi masyarakat yang berada di bawah pemerintahan rejim totalitarian untuk mendapatkan atau berkongs