Posts

Showing posts from October, 2018

Teori Pilihan Rasional

Teori pilihan rasional adalah pendekatan teoritis yang cuba untuk meneliti apa sebenarnya yang berlaku dalam realiti sosial melalui kaedah pemerhatian terhadap tingkah laku manusia di peringkat individu dan kumpulan. Pada asasnya, teori ini berorientasikan secara positivistik. Teori pilihan rasional adalah berasal daripada disiplin ilmu ekonomi klasik yang pertama kalinya digagas oleh Adam Smith iaitu seorang ahli ekonomi yang disanjung sebagai bapa ekonomi Inggeris. Menurut Smith masyarakat tidak perlu diatur dalam urusan ekonomi kerana naluri mereka dengan sendirinya akan bertindak memperjuangkan kepentingannya. Selain itu, tindakan membela kepentingan ekonomi masing-masing tidak hanya akan menyebabkan persaingan, tetapi juga akan mencipta mutualisme simbiotik yang akan mewujudkan kebergantungan yang saling menguntungkan. Analogi yang digunakan oleh Adam Smith bagi menjelaskan hujahnya ialah pembuat roti yang menjual roti. Niat dan motivasi pembuat roti itu bukanlah kerana mereka se...

Reformasi 1998: Faktor Anwar Ibrahim

Kes pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden United Malays National Organization (UMNO), dan Menteri Kewangan serta penahanannya telah menjadi pemangkin yang bersejarah kepada penjajaran semula politik di Malaysia kerana menyebabkan ibu kota Kuala Lumpur digemparkan dengan jeritan reformasi yang membawa kepada berlakunya demonstrasi terbesar dalam sejarah Malaysia pada 20 September di Dataran Merdeka oleh rakyat. Rakyat berkumpul untuk mendengar ucapan reformasi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Masjid Negara, berarak ke Dataran Merdeka untuk mendengar ucapan seterusnya, kemudian beralih ke Jalan Raja Laut, dan akhirnya menamatkan perarakan di persimpangan jalan menuju Parlimen dimana gas pemedih mata dilepaskan di situ juga. Pada April 1999, Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali dengan Parti Keadilan Rakyat telah ditubuhkan, sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam penjara selepas berdepan konflik besar ...

Konflik Dalaman UMNO 1998

Pada 2 September 1998, United Malays National Organization (UMNO) menghadapi konflik dalaman yang membawa kepada pemecatan Timbalan Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penahanannya pada 20 September atas sebab beliau tidak sehaluan dengan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dalam menangani krisis kewangan, meskipun dasar ini bukanlah sebab utama kejatuhan beliau dalam kerajaan dan parti. Selain itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga didapati bersalah oleh mahkamah kerana melakukan hubungan sejenis atau homoseksual serta menyalahgunakan kuasanya untuk menutup kesalahan beliau. Kronologi yang membawa kepada konflik dalaman UMNO 1998 yang melibatkan hubungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan telah bermula sejak tahun 1995 lagi. Ketika itu banyak khabar angin yang menyatakan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mencabar Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad bagi jawatan Presiden UMNO pada pemilihan yan...

Konflik Dalaman UMNO 1987

Pada 1987 telah tercetus krisis dalaman United Malays National Organization (UMNO), apabila Tengku Razaleigh yang juga pemimpin UMNO Kelantan mencabar Dr Mahathir Mohammad dalam pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO pada tahun 1987. Keputusan Tengku Razaleigh menambahkan kekusutan UMNO Kelantan. Keputusan Tengku Razaleigh untuk merebut jawatan Presiden UMNO mendapat sokongan penuh sebahagian besar Ketua UMNO Bahagian di Kelantan, ini membuktikan walaupun beliau melakukan penentangan beliau masih mempunyai pengaruh dalam UMNO negeri. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Tengku Razaleigh tewas dalam pemilihan itu dan mengambil keputusan untuk keluar daripada UMNO. Beberapa pengikut Tengku Razaleigh yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan UMNO 1987 mencabar perkara itu di mahkamah dengan membuat keputusan kontroversi pengharaman parti UMNO. Kesan daripada tindakan kontroversi tersebut, Tun Dr Mahathir Mohammad mengambil langkah untuk mendaftarkan semula parti UMNO ...