Reformasi 1998: Faktor Anwar Ibrahim

Kes pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden United Malays National Organization (UMNO), dan Menteri Kewangan serta penahanannya telah menjadi pemangkin yang bersejarah kepada penjajaran semula politik di Malaysia kerana menyebabkan ibu kota Kuala Lumpur digemparkan dengan jeritan reformasi yang membawa kepada berlakunya demonstrasi terbesar dalam sejarah Malaysia pada 20 September di Dataran Merdeka oleh rakyat. Rakyat berkumpul untuk mendengar ucapan reformasi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Masjid Negara, berarak ke Dataran Merdeka untuk mendengar ucapan seterusnya, kemudian beralih ke Jalan Raja Laut, dan akhirnya menamatkan perarakan di persimpangan jalan menuju Parlimen dimana gas pemedih mata dilepaskan di situ juga. Pada April 1999, Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali dengan Parti Keadilan Rakyat telah ditubuhkan, sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam penjara selepas berdepan konflik besar dengan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan UMNO.

Menurut Ketua Penerangan PKR iaitu Syed Ibrahim Syed Noh, gerakan reformasi berlaku bukan hanya kerana peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatannya dan kerana penahanan beliau. Reformasi juga berlaku kerana disebabkan rakyat melihat dan percaya pelanggaran prinsip keadilan dan kebenaran, penyalahgunaan kuasa, dan sebagainya terjadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuatkan mereka bangkit. Sementara itu, beliau juga berkata sokongan yang diterima Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu bukan hanya rakyat menyokong pemimpin itu sahaja, tetapi sebaliknya mereka terkejut melihat orang nombor dua negara diperlakukan sebegitu terutamanya di dalam insiden mata lebam yang sangat mengejutkan banyak pihak. Insiden tersebut juga membuatkan rakyat terbayang jika orang nombor dua negara boleh diperlakukan dengan sedemikian rupa, apatah lagi orang yang nombor 2,000 atau 1 juta.

Reformasi tersebut telah membangkitkan rakyat untuk mengemukakan banyak tuntutan yang satu daripadanya yang dipersetujui hampir semua daripada kalangan mereka adalah menuntut agar Datuk Seri Mahathir Mohamad meletak jawatan Perdana Menteri. Krisis antara Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebabkan orang Melayu menunjukkan protes mereka terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU 1999), yang menunjukkan kira-kira 60 peratus daripada mereka mengundi Barisan Alternatif.

Bibliografi:

http://english.astroawani.com/malaysia-news/political-eartquakes-realigned-malaysian-politics-part-1-74638

http://m.malaysiakini.com/columns/6896

http://m.malaysiakini.com/letters/83199

https://m.malaysiakini.com/news/289199

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/reformasi-1998-bukan-kerana-anwarsemata-mata-1.438277

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/anwar-ibrahim-reformasi-dari-kaca-mata-seorang-rakyat-biasa-anas-alam-faizl

Comments

Popular posts from this blog

Impak Positif dan Negatif Globalisasi terhadap Pendidikan di Malaysia

Pelan Colombo